Pages

Tuesday, 8 March 2011

Apa itu KUPAS?

Kupas adalah istilah dalam bahasa Melanau untuk udang salai atau sesar unjur dalam bahasa Melayu Sarawak. Kupas bukanlah udang kering biasa yang didapati banyak di tempat lain di Malaysia. Perbezaan amatlah ketara dari segi pemprosesan dan kaedah pengeringan kupas. Ketika peringkat pemprosesan kupas melibatkan pakar dalam menyusun udang di atas 'kilak' sebelum dikeringkan atau lebih tepat lagi disalai. Kupas tidak dikeringkan di bawah pancaran sinaran matahari tetapi disalai di tepi unggun api pada jarak tertentu. Inilah rahsia perbezaan rasa dan tekstur kupas berbanding udang kering yang biasa. Tahap kekeringan kupas adalah tinggi dan rangup ketika dimakan. Oleh sebab itu walaupun harganya agak mahal tetapi permintaan terhadap kupas amatlah tinggi bagi penggemarnya. Bagi penggemar kupas dan sesiapa juga yang ingin merasai kupas, dapatkan melalui laman ini secara online, dan dihantar terus ke rumah anda dengan harga yang amat berpatutan. Selamat menikmati KUPAS DARI BELAWAI!!

No comments:

Post a Comment